Saturday 28 June 2014

Hamba Ramadhan atau Hamba Allah?

Ramadhan datang lagi! Ahlan Wasahlan Ramadhan. Ramadhan Kareem.

Ucapan biasa bagi kita semua sebagai Muslim. TB pun tak terkecuali mengupdate status sedemikian. Just to show my concern pasal Ramadhan. Dan saja nak show off baik.
Sebenarnya bukanlah macam tu. Hari ni TB just nak kongsi something kat blog ni yang memang dah bersawang dan takde fans ni. :D

Seperti biasa, kalau nama Ramadhan orang kata adalah pesta ibadah, bulan tarbiah dan macam lagi lah. Tibe-tibe tadi, ada student Asasi memberi tazkirah Subuh. Quiet impressive lah sampai terasa TB dengar apa yang disampaikan. First, pasal hadith yang biasa kita dengar, 

"Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." Hadith riwayat al-Bukhari (Sumber:Jakim).

Selain dari hadith di atas, ada satu pertanyaan mengenai ibadah Ramadhan kita. Adakah kita menjadi hamba Ramadhan atau menjadi Hamba Allah? Apakah perbezaan antara keduanya? Mula-mula TB rasa, apa salahnya jadi beribadah di bulan Ramadhan. Ramadhan kan pesta ibadah. Tapi kenyataannya bukan seperti yang TB sangkakan. Malah lebih daripada itu kerana:

Ramadhan bulan Ibadah, bulan lain bukan untuk Ibadah?
Ya, benar. Bulan Ramadhan adalah bulan Ibadah. Dan apa yang sebetulnya selepas bulan Ramadhan, kita masih lagi beribadah sebagaimana kita beribadah di bulan Ramadhan. Kalau Ramadhan kita boleh buat, kenapa bulan lain tak boleh kan? Jadi, kita tajdid balik niat kita, matlamat kita supaya Ibadah di bulan Ramadhan dapat kita teruskan hingga ke bulan-bulan lain. Ramadhan bulan tarbiah kan!

Islam kita hanya pada Ramadhan?
 Setiap kali Ramadhan, kita mula jadi rasa orang yang paling baik. Sepatuh Malaikat kepada Tuhan. Semaksum mungkin supaya tidak tercela kesalahan. Sampai macam tu sekali kita di bulan Ramadhan. Yang tak pakai tudung, mula pakai tudung. Tapi hanya kerana menghormati bulan Ramadhan. Macam bulan lain tak perlu dihormati. Erk!
 

Dua benda ni je yang TB ingat. Ini cuma perkongsian rohani drpd TB. TB bukan budak baik pun. Just sharing is loving. Dan semoga kita dapat manfaat bersama. InsyaAllah. 

p/s::TB pun nak tajdid balik matlamat dan niat TB.

Happy Fasting uolss!

No comments:

Post a Comment