Sunday 16 February 2014

Talasemia

Tengah bosan duduk kat rumah kakak TB, TB tak tahu nak buat apa. So, tengok tv je lah cerita dia. Tetiba, ada satu iklan pasal Thalassemia (Talasemia) awareness kepada semua. Jadi, TB rasa macam agak menarik jugak lah nak bercakap pasal Talasemia ni sebab dia sangat dekat dengan TB sendiri. :)

Kalau ikut pengetahuan TB yang tak berapa nak ada ni, talasemia ni adalah penyakit genetik yang diwarisi di mana penghidap tidak dapat membuat darah merah (hemoglobin) dengan baik dan cukup untuk badan. Bagi mengelakkan kesalahan konsep, adalah lebih baik TB search saja informasi tentang disease ni kan. Maklumat di hujung jari katanya.

Daripada banyak-banyak artikel berkaitan Talasemia, TB memilih sumber yang paling dipercayai iaitu artikel daripada Ministry of Health. Jadi, selamat membaca.

Apa Itu Talasemia?

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

 Sumber :: Ministry of Health

Setakat ni dulu TB nak kongsi kan. Nanti TB akan kongsikan lagi banyak cerita pasal Talasemia ni termasuk pengalaman-pengalaman pesakit sendiri sebab Talasemia ni memang dekat di hati TB. :)

Jadi, nantikan entry TB yang seterusnya okey.

 

No comments:

Post a Comment