Saturday, 28 June 2014

Hamba Ramadhan atau Hamba Allah?

Ramadhan datang lagi! Ahlan Wasahlan Ramadhan. Ramadhan Kareem.

Ucapan biasa bagi kita semua sebagai Muslim. TB pun tak terkecuali mengupdate status sedemikian. Just to show my concern pasal Ramadhan. Dan saja nak show off baik.
Sebenarnya bukanlah macam tu. Hari ni TB just nak kongsi something kat blog ni yang memang dah bersawang dan takde fans ni. :D

Seperti biasa, kalau nama Ramadhan orang kata adalah pesta ibadah, bulan tarbiah dan macam lagi lah. Tibe-tibe tadi, ada student Asasi memberi tazkirah Subuh. Quiet impressive lah sampai terasa TB dengar apa yang disampaikan. First, pasal hadith yang biasa kita dengar, 

"Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." Hadith riwayat al-Bukhari (Sumber:Jakim).

Selain dari hadith di atas, ada satu pertanyaan mengenai ibadah Ramadhan kita. Adakah kita menjadi hamba Ramadhan atau menjadi Hamba Allah? Apakah perbezaan antara keduanya? Mula-mula TB rasa, apa salahnya jadi beribadah di bulan Ramadhan. Ramadhan kan pesta ibadah. Tapi kenyataannya bukan seperti yang TB sangkakan. Malah lebih daripada itu kerana:

Ramadhan bulan Ibadah, bulan lain bukan untuk Ibadah?
Ya, benar. Bulan Ramadhan adalah bulan Ibadah. Dan apa yang sebetulnya selepas bulan Ramadhan, kita masih lagi beribadah sebagaimana kita beribadah di bulan Ramadhan. Kalau Ramadhan kita boleh buat, kenapa bulan lain tak boleh kan? Jadi, kita tajdid balik niat kita, matlamat kita supaya Ibadah di bulan Ramadhan dapat kita teruskan hingga ke bulan-bulan lain. Ramadhan bulan tarbiah kan!

Islam kita hanya pada Ramadhan?
 Setiap kali Ramadhan, kita mula jadi rasa orang yang paling baik. Sepatuh Malaikat kepada Tuhan. Semaksum mungkin supaya tidak tercela kesalahan. Sampai macam tu sekali kita di bulan Ramadhan. Yang tak pakai tudung, mula pakai tudung. Tapi hanya kerana menghormati bulan Ramadhan. Macam bulan lain tak perlu dihormati. Erk!
 

Dua benda ni je yang TB ingat. Ini cuma perkongsian rohani drpd TB. TB bukan budak baik pun. Just sharing is loving. Dan semoga kita dapat manfaat bersama. InsyaAllah. 

p/s::TB pun nak tajdid balik matlamat dan niat TB.

Happy Fasting uolss!

Sunday, 16 February 2014

Talasemia

Tengah bosan duduk kat rumah kakak TB, TB tak tahu nak buat apa. So, tengok tv je lah cerita dia. Tetiba, ada satu iklan pasal Thalassemia (Talasemia) awareness kepada semua. Jadi, TB rasa macam agak menarik jugak lah nak bercakap pasal Talasemia ni sebab dia sangat dekat dengan TB sendiri. :)

Kalau ikut pengetahuan TB yang tak berapa nak ada ni, talasemia ni adalah penyakit genetik yang diwarisi di mana penghidap tidak dapat membuat darah merah (hemoglobin) dengan baik dan cukup untuk badan. Bagi mengelakkan kesalahan konsep, adalah lebih baik TB search saja informasi tentang disease ni kan. Maklumat di hujung jari katanya.

Daripada banyak-banyak artikel berkaitan Talasemia, TB memilih sumber yang paling dipercayai iaitu artikel daripada Ministry of Health. Jadi, selamat membaca.

Apa Itu Talasemia?

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

 Sumber :: Ministry of Health

Setakat ni dulu TB nak kongsi kan. Nanti TB akan kongsikan lagi banyak cerita pasal Talasemia ni termasuk pengalaman-pengalaman pesakit sendiri sebab Talasemia ni memang dekat di hati TB. :)

Jadi, nantikan entry TB yang seterusnya okey.

 

Wednesday, 12 February 2014

Batik Sutera Terengganu

Sampai aje di Kuala Terengganu, sorang member ajak TB pegi ke kilang batik sutera. Terengganu memang terkenal dengan batik sutera. Di Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) saja berlambak lambak batik sutera Terengganu asli.

Actually, member TB ni jual batik sutera Terengganu secara online. Sampai aje kat kilang tu, rasa macam excited sangat, sebab tak pernah tengok orang buat batik walaupon TB ni orang Terengganu. Masa tengok kakak-kakak mencanting batik tu, nasib baik mulut TB tak ternganga luas, kalau tak, MALU! =P

Kakak-kakak canting batik tu sangat expert, tak perlu nak gores dengan pensil pon! Fuh...memang hebat. So, kat sini, TB sempat snap beberapa gambar design batik tersebut.

Motif bunga bunga... 

 Motif apa erk?

 Bermotif sangat. Corak abstrak kot. Hehe

 Lagi corak bunga bunga

Bunga Lagi.


Sesiapa yang rasa nak tengok banyak lagi design dan nak buat tempahan, boleh lawat site ni Batik Sutera Terengganu